Saturday, March 26, 2016

Day 2: Osaka City Tour / OSAKA Day Pass


Assalamualaikum semua... 

Sepatutnya hari kedua (29 Januari 2016) ni kami ke Universal Studio Japan tetapiiii.... nobody yang notice tiket tu tarikh 30 Januari baru boleh masuk. Hahaha.. Disebabkan dah tak boleh masuk, and time pun dah lepas pukul 12 tengahari, kami terus ke Osaka Shin Station untuk beli 1 -Day pass Osaka. Harga pass ni 2300 Yen tapi korang boleh pusing satu Osaka dengan pass ni. Paling best dan sangat menjimatkan kerana kebanyakan attractions kat Osaka ni masuk adalah percuma. All you need to do is simply show your Osaka Pass. 
Yang kiri tu 1 Day pass dan yang kanan 2-Day pass.. Sumber Mr. Google


Kebaikan mengunakan Osaka Day Pass:

1) Korang boleh guna kad ni untuk naik train percuma dari 1 point ke point yang lain. 

Tips nak naik train ni korang kene naik train Osaka Loop Line. Kalau kat Malaysia macam monorel gitu. Kalau anda adalah pecinta kepada pengangkutan awam di Malaysia, InsyAllah tak susah nak guna train di Osaka. Just guna warna kod pada train untuk ke satu-satu tempat. Pass ni jugak orang boleh guna untuk naik bas yang disediakan. 

2)   Korang boleh masuk ke 28 tempat menarik dia Osaka dengan PERCUMA !

Gila tak best, 28 tempat tu... tapi aku cadangkan sila beli 2-Day pass (3000 Yen) sebab sangat-sangat berbaloi dan korang ada lebih masa untuk ke sesebuah tempat lawatan. Kenapa aku cakap macam tu, sebab aku ada pengalaman. Terutama sekali kalau melancong waktu Winter macam aku pergi ni, lebih kurang pukul 6.30pm dah malam. Tapi Osaka pada waktu malam tersangatlah cantik. 

3) Korang boleh dapatkan Tawaran Istimewa !

Masa korang beli Osaka day pass ni nanti, setiap tiket akan diberi 1 booklet. Dalam booklet ni ada kupon "TOKUx 2". So koyak kupon ni dan dapatkan segala souvenir yang korang rasa nak beli untuk saudara mara. Jimat duit kan !!!

4) Korang jugak akan dapat Keistimewaan dengan Osaka Pass

Bila korang bershopping atau makan di kedai-kedai terpilih, jangan lupa untuk tunjuk saja Osaka Day pass atau kupon "TOKU x 2" so akan ada keistimewaan untuk korang. 


Masa untuk meneroka Osaka


Dalam Osaka Suijyo Aqua bus
Lepas dapat Osaka Pass tu kami terus ke OAP Pier dan try Osaka Suijyo Aqua Liner Bus (harga kalau xde Osaka Pass: 1700 Yen/seorang). Lebih kurang Cruise Tasik Putrajaya jugak la feeling dia. Korang akan merasai pengalaman selama 60 minit berada dalam kapal cruise ni menyusuri Sungai Okawa. So korang akan nampak bangunan-bangunan kerajaan, Osaka Garden, dan jambatan dan turun di Osaka Castle

Kebetulan hari kedua kami di Osaka ni hujan sepanjang hari + winter + angin. So mohon maaf gambar tak banyak sebab nak berjalan dari pier ke Osaka Castle dekat 20 minit, so dah masuk dalam Osaka Castle aku banyak duduk je sambil tengok samurai kat TV.

Osaka Castle ni dah dijadikan muzium, so korang masuk dalam ni boleh la menghangatkan badan, tengok view yang cantik dari tingkat tertinggi istana ni dan belajar sejarah Istana ni. Kawasan yang bersih, cukup luas dan istana ini dikelilingi air. Recommended sangat untuk korang pergi terutama sekali bila musim bunga April ni. 

Andai kata terasa lapar, terdapat beberapa gerai menjual makanan dekat bahagian luar istana, so aku beli keledek bakar yang manis dia kalah anak dara Che Ta. Ada jugak yang menjual air panas dan ice cream. Perjalanan dari osaka castle ke train station agak jauh so biasakan diri untuk berjalan lama ok. Sebenarnya sepanjang masa kat Osaka ni kena jalan :)




Destinasi seterusnya ialah Tsutenkaku Tower. Time ni pun dah lewat petang jadi hari semakin gelap. Untuk maklumat menara ini setinggi 103m termasuk antena dan dibina pada tahun 1912 malangnya terbakar. Pada waktu Perang dunia ke II besi dari menara ni diambil untuk dijadikan senjata. Lepas perang tu barulah menara ini dibangunkan semula dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1956. 

Nak ke sini senang je korang amik Yamatoji Line dan turun dekat Shin Imamiya station (East Exit). Keluar je station terus nampak menara. 
Muka baik je sebab gayat... 

Selepas selesai pusing Tsutenkaku tower, kami ambil train terus ke HEP FIVE Ferris Wheel. Pening jugak sebenarnya nak mencari HEP FIVE ni walaupun sebesar alam. Tapi berkat usaha kami jumpa jugak. Korang kena masuk melalui HEP FIVE shopping mall dan terus ke tingkat 7, keluar je akan jumpa entrance ke ferris wheel. Kalau rasa takut gayat better jangan naik sebab bagi aku memang rasa sangat gayat, pelbagai benda korang akan fikir... Tapi jangan risau ferris wheel ni sangat kukuh dan tak bergoyang pun. Teknologi Jepun kena faham. :D

Turun dari Ferris wheels kami mencari makanan. Sedang asyik mencari restoran halal untuk dimakan kami telah memasuki satu kawasan yang ermm senang cakap gadis-gadis seksi sedang mencari pelanggan. Disebabkan tak jumpa restoran yang diyakini halal dan kaki dah penat melangkah serta salah seorang geng backpackers aku takut kalau-kalau dirinya ditarik oleh gadis2 maka kami ambil teksi untuk ke restoran Malaysia Boleh. 

Tariff teksi di Osaka bermula dari 600 Yen, jangan takut kerana orang jepun sangat baik dan tak lokek nak tolong orang. Tak macam bila kita travel ke sesetengah tempat asyik kena tipu / scam je. 

Pada yang nak tahu restoran Malaysia Boleh ini 3 - 5 minit berjalan kaki dari Umeda Sky Building. Kalau korang jenis berlari aku rasa seminit dah sampai. Makanan yang diorang sediakan ialah masakan Melayu dan Thai. Deco dalaman memang sama macam kat Malaysia. 

Diharap apa yang aku share ni dapat bantu korang plan travel trip korang okay...:)

Thursday, March 24, 2016

ICOCA Pass to travel in Osaka, Kyoto & Kobe Japan

Hello everyone! I am sorry if I still can't get enough of Osaka. So today just to help you on what kind of pass should you use when you are about to travel in Osaka, Japan.

Great news to people who can't really speak Japanese (like me) as this ICOCA card will help you to travel in peace of mind. Ouch!!


Below are few advantages of using this card:-


1. You don't have to wait in line to purchase train ticket

2. You can use it to buy drinks / foods at selected stores
3. Save you time when your train is about to leave

Remember, in Japan TIME is very important. So the easiest way to know that is your train is, by just looking at the time at the platform.




This ICOCA card can only be use for JR WEST means it cover Kansai Airport, Osaka, Kyoto and Kobe area. (JR train, subway, private railways and buses. - some private rail not supported by ICOCA card)


Few tips to share if you are travelling in Osaka:-


- Print and get to know where is your hotel, airport and attraction places (This will gives you a view on how far the place is, and the travel time)

- Go to the Tourist Information counter and get the train map. Here, you can ask many question as you want and they will guide you to the right place.
- If your are not confident to take the train, just buy the Osaka Airport Limousine at the Tourist Information counter and you are ready to go.
- Please get a pocket data/ roaming before you enter Japan because not every place offers a free Wifi.

Hope my writing helps...

Tuesday, March 22, 2016

Percutian ke Jepun - Day 1



      Pengalaman bercuti ke Osaka memang sangat menyeronokkan!

Hari pertama aku di Osaka, sempat melawat hot spot untuk kaki shopping, iaitu Dontonbori. Kawasan ini terletak di daerah Namba. Lagi senang jika korang menaiki train, boleh turun di Namba Station.



dari Namba Station 
Pelbagai kedai menjual perhiasan seperti aksesori wanita, baju sejuk, winter boots, barangan kosmetik dan tentu sekali Japan street food boleh dijumpai disini. Kalau ada diantara korang yang meminati Macha tea bolehlah borong disini sebab rasanya sangat sedap... Nyumm

Jujur aku katakan yang kawasan ni lebih hidup pada waktu malam. Suhu sewaktu kami sampai di Dotonbori sekitar 5-7 darjah Celsius, tidaklah terlalu sejuk melainkan ketika angin kuat.


Dotonbori River Bridge
Kepada si pencari makanan Halal di Dotonbori ni boleh la ke Ali's Kitchen.  Makanan yang dihidangkan adalah Pakistan & Arab. Pemilik restoran ini sangat ramah sekali dan sedia membantu sekiranya korang ingin mencari tempat shopping terbaik di Osaka.