Monday, December 11, 2017

DAY 3: NGONG PING 360 & LADIES MARKET HONG KONG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua.. Lama dah tergantung part last aku dengan BFF aku Hidayah ke Hong Kong ni. Well untuk hari ketiga kami ke Ngong Ping 360. 

Best ke ngong Ping 360 ni ? Orang Islam boleh ke masuk? Ni kan tempat Buddha yang besar tu??
Haa well kitorang rasa best je sebab dapat lihat Hong Kong dari sisi yang berbeza pada ketinggian yang juga berbeza dari hotel kami hahaha... Kitorang tak masuk tokong pun, just masuk  attraction place dia yang mostly macam panggung wayang/cinema. Well HK kan memang famous dengan filem-filem diorang... Kalau korang nak ke Big Buddha, korang kena bayar entrance fee lain masa kat kaki bukit sebelum mendaki ke Big Buddha hehehe...sanggup ke??

Macam aku before ke HK ni kami dah buat collection money untuk beli pass masuk ke tempat2 yang aku share sebelum ni... so Ngong Ping 360 ni pun termasuk dah dalam pakej buatan sendiri aku tu haa.... aku book dekat website dia je sbb time tu ada sikit murah and free desert. :)) Don't worry sebab dalam Ngong Ping ada restaurant yang Halal, so just rajinkan mulut bertanya. Diorang ada letak logo Halal dalam premis makanan tu... senang kan!

So dari hotel kami di Tsim Sha Tsui kami ikut route ke Disneyland, ambil Tung Chung Line dan turun di stesen Tung Chung. Ngong Ping ni terletak di Lantau Island, dekat je dengan airport HK. 


Beratur sebelum naik cable car ke Ngong Ping 360
Kalau dah sampai ke Tung Chung Station tu keluar ambik kanan korang akan nampak shopping mall besau nama dia Citygate Outlet... haa kat sini best shopping sebab discount kaw-kaw dari 20% - 70% bergantung pada musim korang pergi la... Kitorang x bawak duit banyak pun so just pergi melawat kawasan jer... 
Dah puas beratur nak naik cable car so merasa la nikmat permandangan HK dari atas bukit, suasana sejuk dengan kabus tebal waktu tu agak thrill jugak la... angin pun makin kuat bila nak naik ke atas bukit tu... so untuk yang jenis gayat boleh request untuk cable car biasa je instead of glass floor ok :D


Meninggalkan tapak utama untuk ke puncak...
Settle je dari Ngong Ping kami ke Ladies Market. Dekat sini banyak dijual handbag, shawl, kasut, phone accessories, ada restoran dan kedai makan tapi tak halal lah hehehe...

Harga yang ditawarkan agak berpatutan, tapi disyorkan untuk tawar setengah harga dulu dari harga asal... Ada produk yang diorang x3 dari harga asal. So if you are good in bargain please try your luck here. Tak guna kalau minat filem Hong Kong tapi tak reti cakap Kantonis sikit-sikit. Sini la tempat untuk paktis Kantonis korang tu moga-moga dapat murah. Kasi cincai lor!! 


Tuesday, December 5, 2017

Kos Pasang Braces di Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum and hi semua...

Well since ramai yang tanya pasal braces ni, here Millo share info ok. Sila maklum ini hanyalah dari kefahaman dan pengalaman. Nak lebih info boleh terus call mana-mana klinik gigi berdekatan korang... :D

Soalan 1: Berapa total kos pemasangan braces
Jawapan: Estimated range untuk pakai braces bergantung pada klinik dan doktor yang rawat korang. Tapi dekat sini boleh cakap untuk pemasangan metal braces (Traditional Braces) atas dan bawah dalam range RM3500 - RM5000. Kalau pilih braces jenis Damon braces, Clear inspire sapphire braces, Lingual Braces atau Viazis braces harga adalah lebih mahal sebab lebih banyak kelebihan dia dari segi kecantikan, kurang sakit, lebih cepat untuk dapat gigi tersusun. 

Again harga boleh jadi berbeza bergantung pada keadaan gigi korang tu macam mana. If no special treatment needed, kurang la kos hehehe... Ok special case tu macam wisdom tooth korang tu mengganggu/ menolak mana2 gigi yang terlibat dengan gigi yang akan dipasang besi braces, so kat sini kena kena buang dulu gigi perosak then baru boleh pasang braces. 

Soalan 2: X-ray gigi boleh dibuat dimana?
Jawapan: Kalau nak buat x-ray, kena visit dentist dulu dan bincang process pemasangan braces dengan doktor anda. Ok, once u agree untuk pasang braces, doktor akan bagi 1 surat pengesahan untuk korang bawak surat tu ke Hospital / klinik yang offer x-ray. In my case, waktu nak x-ray tu mesin x-ray di Hospital Sultan Abdul Halim rosak so nak tunggu mesin sihat sepenuhnya lambat. So i decide to visit klinik Dr Husli dekat Lot 88. Harga tak silap dalam RM 250. Korang akan dapat dalam bentuk CD. If ada klinik lain yang offer x-ray itu I tak pasti hehehe...

Soalan 3: Dimana I pasang braces?
Jawapan: Millo pasang braces dekat Klinik Pergigian Dr Azreen, Lot 88 Sungai Petani, Kedah. Sebaris dengan Klinik Pergigian Dr Husli. Both doctors ni kira good to me. Bajet lebih and kalau sanggup tunggu lama boleh ke Dr Husli. I rasa dia caj mahal sikit sebab pengalaman dia yang lama dan servis dia yang bagus. But masa i visit tu, staff dia not as peramah as staff Dr Azreen. 

Soalan 4: Kena bayar lum sum RM4500 ke untuk pasang braces ni?
Jawapan: Salah. Nak pasang braces ni tak perlu lambak Rm4500 terus, but if u guys ada duit no hal. Macam dekat klinik Dr Azreen, first bayar RM850, then next month datang tukar getah braces bayar RM150 saja sampai cukup RM4500. Lepas bukak braces kena pakai retainer pulak. So harga retainer tak termasuk. I pun tak tahu berapa harga untuk retainer. Will update nanti lepas i tanya my dentist k :)

Best dekat Dr Azreen, kalau dalam tempoh korang pakai braces tu, ada gigi yang pakai besi berlubang, kos tampal dikira PERCUMA. 

Soalan 5: Pecahan harga yang perlu korang siapkan untuk pasang Braces?
Jawapan:
Consultation fees: RM50 -RM150 (bergantung pada kes) - Klinik Dr Azreen FREE Consultation
X-Ray: Hospital Kerajaan (Hospital Sultan Abdul Halim) = RM150 - RM200
Klinik Dr Husli, Lot 88 = RM250
Pasang Braces: RM850
Cabut gigi: RM60 - RM80/gigi (Dekat Dr Azreen x perlu bayar sebab dah termasuk dalam RM4500)
Monthly check-up: RM150 selama 24 bulan

Alamat Klinik Pergigian Dr Azreen

Jalan Perdana Heights 1/2, Perdana Heights, 
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 013-406 4745

So ni je la harga yang I bayar untuk pasang braces dekat klinik gigi pilihan. Ada lagi klinik yang offer khidmat pemasangan dengan harga yang berpatutan. Apa pun tepuk dada tanya selera. We choose to wear braces to have a better smile and healthy teeth so choose your dentist wisely. :)

Kalau salah I'm very sorry and again, what ever you guys rasa nak tanya do ask in a comment below. I highly recommend to call the clinic directly sebab ada staff yang berpengetahuan yang mampu menjawab pertanyaan korang dengan jelas :)

Tuesday, February 21, 2017

Pasang Braces di Sg. Petani, Kedah

Assalamualaikum, hello semua.. Thanks for visiting blog aku. Lama dah tak update. Ok on this post nak share pengalaman aku pakai braces. Niat nak pakai tu timbul dah lama sebab aku jadi segan teramat dengan kondisi gigi aku yang tak tersusun dan everytime aku gosok gigi aku memang gusi akan berdarah. One more thing bila gigi teruk sangat kita akan rasa down untuk senyum especially bila nak bergambar. Hehehe...

So aku kuatkan diri untuk survey klinik pergigian sekitar Sg. Petani. Dalam banyak-banyak klinik yang aku survey, Klinik Dr Azreen dekat Lot 88 menjadi pilihan. Kenapa? Sebab:

1. Tak perlu tunggu sampai berbulan untuk pakai braces
2. Harga yang sangat berpatutan
3. Doktor yang lemah lembut dan sedia menjawab persoalan anda dengan baik
4. Dr Azreen ni bagi solution on problem kita, macam aku ada horizontal impacted wisdom tooth so aku risau kalau2 kena bedah. So doktor cakap no need as long as tak sakit. Braces tak ganggu wisdom tooth pun!!! I was so lega!....

So masa first time jumpa doctor untuk periksa gigi, dia tak tanya pun kenapa awak nak pakai braces... Obviously gigi aku memang perlukan Braces. Second she just bagi tahu if you confirmed, boleh ambil surat dari staff i then buat X-ray. Cost for 1st appointment tu free of charge. Compared balik masa aku try tanya dekat Metro Hospital last 4 years back, consultation pun dah cost me more than RM60, with Dr Azreen free !!!

So next step is buat X-ray, aku mintak buat X-ray kat Gov Hospital (i kan Malaysian) kena la fully utilize kemudahan untuk rakyat. Sadly mesin X-ray gigi rosak... 2 minggu aku tunggu diorang perbaik mesin tu but hampeh... So i visited Klinik Dr Husli and do my X-ray. Klinik Dr Husli ni actually mula2 yang aku pilih untuk pasang Braces, tapi bila tanya kena tunggu sampai 2-3 bulan so aku decided ke Dr Azreen je lah... X-ray yang aku kena ada 2 jenis tapi lupa dah nama dia so untuk X-ray aku bayar Rm250.

Sebab klinik 2 doktor ni dekat so, lepas je siap x-ray terus ke Klinik Dr Azreen and set for appointment. So staff doktor pun setkan Selasa, 21st Feb 2017 as my Bonding appointment. Proses dia mula dengan pakai mold macam kat bawah ni. Tak la teruk pun rasa dia. Aku punya mcm plastersing perisa strawberry ahahaha...



Sources: Pheonix Orthodontist


Then after that Dr masukkan menda ni untuk bukak mulut sebesar-besarnya...

source: Ask Orthodontic
Maka bermulalah sesi melekatkan besi-besi kecik tu dekat gigi... Tak sakit dan tak rasa pape pun masa Dr buat... ada sesetengah cakap sakit tapi bagi aku so far tak sakit pun la... Cuma ambil masa sikit untuk besi tu kering dan lekat betul2 dekat gigi... 2 kali jugak besi tu tertanggal masa doktor tengah nak ikat... Nasib tak tertelan... hahahaha
Before mula procedure, assistant doktor akan tanya korang nak pilih elastic band warna apa... aku tengah takot waktu tu tak sempat nak fikir nak warna apa so aku pilih hijau emerald. Tak tahu la apa warna dia after a month hehehe...

Untuk pemilihan berus gigi, Dr nasihatkan guna berus super soft contoh macam Systema 0.01mm mcm dalam iklan TV tuuu... beli flos dan berus kecik (interdental toothbrush).


Untuk bakal pemakai braces, cara terbaik untuk menjaga gigi adalah dengan mengosok gigi setiap kali lepas makan untuk menjaga kebersihan mulut dan mengelakkan bakteria yang mengakibatkan gingivitis.

Tips untuk yang memakai Braces:

1. Elakkan memberus gigi terlalu kuat kerana akan mengakibatkan lapisan enemel pada gigi terhakis dan gigi jadi sensitif. (jangan igt hati je sensetip yee)
2. Selain gosok gigi, gosok sekali lidah bagi menghapus bakteria penyebab bau mulut
3. Kalau lepas makan korang tak sempat nak berus gigi / malas, sila minum air putih banyak2 / kumur selalu to wash away food particle dalam mulut :D
4. Jangan guna ubat gigi pemutih / whitening mouthwash bila pakai braces. Sebab whitening product ni hanya akan bertindak pada lapisan yang dia boleh lalu, so nanti gigi akan bertompok lepas bukak braces nanti.

Total cost: 
1st consulation:  FREE
X-Ray @ Klinik Pergigian Dr. Husli: RM250 (2 Types of X-ray dalam bentuk CD)
Bonding (pasang braces) : RM850

RM1100 tak termasuk tooth extraction (cabut gigi)