Tuesday, December 5, 2017

Kos Pasang Braces di Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum and hi semua...

Well since ramai yang tanya pasal braces ni, here Millo share info ok. Sila maklum ini hanyalah dari kefahaman dan pengalaman. Nak lebih info boleh terus call mana-mana klinik gigi berdekatan korang... :D

Soalan 1: Berapa total kos pemasangan braces
Jawapan: Estimated range untuk pakai braces bergantung pada klinik dan doktor yang rawat korang. Tapi dekat sini boleh cakap untuk pemasangan metal braces (Traditional Braces) atas dan bawah dalam range RM3500 - RM5000. Kalau pilih braces jenis Damon braces, Clear inspire sapphire braces, Lingual Braces atau Viazis braces harga adalah lebih mahal sebab lebih banyak kelebihan dia dari segi kecantikan, kurang sakit, lebih cepat untuk dapat gigi tersusun. 

Again harga boleh jadi berbeza bergantung pada keadaan gigi korang tu macam mana. If no special treatment needed, kurang la kos hehehe... Ok special case tu macam wisdom tooth korang tu mengganggu/ menolak mana2 gigi yang terlibat dengan gigi yang akan dipasang besi braces, so kat sini kena kena buang dulu gigi perosak then baru boleh pasang braces. 

Soalan 2: X-ray gigi boleh dibuat dimana?
Jawapan: Kalau nak buat x-ray, kena visit dentist dulu dan bincang process pemasangan braces dengan doktor anda. Ok, once u agree untuk pasang braces, doktor akan bagi 1 surat pengesahan untuk korang bawak surat tu ke Hospital / klinik yang offer x-ray. In my case, waktu nak x-ray tu mesin x-ray di Hospital Sultan Abdul Halim rosak so nak tunggu mesin sihat sepenuhnya lambat. So i decide to visit klinik Dr Husli dekat Lot 88. Harga tak silap dalam RM 250. Korang akan dapat dalam bentuk CD. If ada klinik lain yang offer x-ray itu I tak pasti hehehe...

Soalan 3: Dimana I pasang braces?
Jawapan: Millo pasang braces dekat Klinik Pergigian Dr Azreen, Lot 88 Sungai Petani, Kedah. Sebaris dengan Klinik Pergigian Dr Husli. Both doctors ni kira good to me. Bajet lebih and kalau sanggup tunggu lama boleh ke Dr Husli. I rasa dia caj mahal sikit sebab pengalaman dia yang lama dan servis dia yang bagus. But masa i visit tu, staff dia not as peramah as staff Dr Azreen. 

Soalan 4: Kena bayar lum sum RM4500 ke untuk pasang braces ni?
Jawapan: Salah. Nak pasang braces ni tak perlu lambak Rm4500 terus, but if u guys ada duit no hal. Macam dekat klinik Dr Azreen, first bayar RM850, then next month datang tukar getah braces bayar RM150 saja sampai cukup RM4500. Lepas bukak braces kena pakai retainer pulak. So harga retainer tak termasuk. I pun tak tahu berapa harga untuk retainer. Will update nanti lepas i tanya my dentist k :)

Best dekat Dr Azreen, kalau dalam tempoh korang pakai braces tu, ada gigi yang pakai besi berlubang, kos tampal dikira PERCUMA. 

Soalan 5: Pecahan harga yang perlu korang siapkan untuk pasang Braces?
Jawapan:
Consultation fees: RM50 -RM150 (bergantung pada kes) - Klinik Dr Azreen FREE Consultation
X-Ray: Hospital Kerajaan (Hospital Sultan Abdul Halim) = RM150 - RM200
Klinik Dr Husli, Lot 88 = RM250
Pasang Braces: RM850
Cabut gigi: RM60 - RM80/gigi (Dekat Dr Azreen x perlu bayar sebab dah termasuk dalam RM4500)
Monthly check-up: RM150 selama 24 bulan

Alamat Klinik Pergigian Dr Azreen

Jalan Perdana Heights 1/2, Perdana Heights, 
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 013-406 4745

So ni je la harga yang I bayar untuk pasang braces dekat klinik gigi pilihan. Ada lagi klinik yang offer khidmat pemasangan dengan harga yang berpatutan. Apa pun tepuk dada tanya selera. We choose to wear braces to have a better smile and healthy teeth so choose your dentist wisely. :)

Kalau salah I'm very sorry and again, what ever you guys rasa nak tanya do ask in a comment below. I highly recommend to call the clinic directly sebab ada staff yang berpengetahuan yang mampu menjawab pertanyaan korang dengan jelas :)

No comments:

Post a Comment