Percutian ke Jepun - Day 1
Pengalaman bercuti ke Osaka memang sangat menyeronokkan!
Hari pertama aku di Osaka, sempat melawat hot spot untuk kaki shopping, iaitu Dontonbori. Kawasan ini terletak di daerah Namba. Lagi senang jika korang menaiki train, boleh turun di Namba Station.
|
dari Namba Station |
Pelbagai kedai menjual perhiasan seperti aksesori wanita, baju sejuk, winter boots, barangan kosmetik dan tentu sekali Japan street food boleh dijumpai disini. Kalau ada diantara korang yang meminati Macha tea bolehlah borong disini sebab rasanya sangat sedap... Nyumm
Jujur aku katakan yang kawasan ni lebih hidup pada waktu malam. Suhu sewaktu kami sampai di Dotonbori sekitar 5-7 darjah Celsius, tidaklah terlalu sejuk melainkan ketika angin kuat.
|
Dotonbori River Bridge |
Kepada si pencari makanan Halal di Dotonbori ni boleh la ke Ali's Kitchen. Makanan yang dihidangkan adalah Pakistan & Arab. Pemilik restoran ini sangat ramah sekali dan sedia membantu sekiranya korang ingin mencari tempat shopping terbaik di Osaka.
6 comments:
Wah best nyer g jepun. ☺
alhamdulillah ade peluang nak ke tempat orang... thanks for drop by Ain :)
seronok kan dapat travel tengok tempat orang, dapat pengalaman n kenal budaya diorg.. bumi Allah ni luas... sementara muda ada kudrat ni la nak jalan. Hehehe.. =) salam perkenalan!
Salam perkenalan aiNa yaZid.... Memang best berjalan ni sementara xde halangan elok lah jelajah hehehe... :)
Bestnya dapat travel tempat orang! Seronok baca cerita kisah orang travel :) Salam perkenalan awak!
Salam perkenalan Siqah Hussin, Thanks sudi singgah... hope apa yg saya share boleh bantu traveler lain jugak :)
Post a Comment