Wednesday, April 13, 2016

Day 3: Universal Studio Japan

Assalamualaikum u olls... lama tak update sebab sibuk plan nak ke Hong Kong last week. Ok this entry aku cuba untuk cerita pengalaman berharga semasa di USJ (30 January 2016). Ingat kan kisah salah date untuk tiket masuk tu?? hehehe

Ok kami gerak dari hotel dalam pukul 10am sebab semua dah letih sangat-sangat asyik berjalan je 2 hari lepas. So dari hotel kami ke Universal Studio takde la jauh sangat. Dalam 30 minit lebih naik train dah sampai, so apa lagi terus la snap gambar kan. Ok kami tak beli tiket masa kat USJ tetapi beli awal2 dekat Holiday Tours at Tesco Ampang. Harga tiket dalam RM260/dewasa. Agensi lain yang menjual tiket ni adalah JTB Malaysia Cadangan aku pergilah ke tempat-tempat themepark macam ni pada hari biasa dan bukan hari minggu untuk elak dari beratur panjang. 

Lepas selesai snap gambar kat pintu gerbang USJ, kitorang pun beratur nak tengok Terminator 2:3D. Ala lebih kurang Shrek kat USS jugak but this one ade sesi tembak menembak dengan Alien (muka mat salleh tapi cakap Jepun). Sebaik sahaja selesai dengan Terminator kami ke The Amazing Adventure of Spiderman 4K3D. Ride ni paling aku enjoy sebab best keluar api bagai depan muka. Mohon shave misai Wak doyok anda kalau tak nak kes misai terbakar sebelah..:D


Tak habis kat situ, kawasan Hollywood ni ada banyak ride dan show attraction yang best antaranya Shrek 4D. Even aku dah besar panjang, Shrek adalah kartun kesukaan aku so harus lah masuk dan alami sendiri dia naik kereta kuda kan..!!! Memang enjoy sangat-sangat masa kat Universal Studio ni... 

Untuk makluman semua, waktu menunggu sebelum nak naik sesebuah ride sangatlah mengambil masa, paling cepat sejam. Bayangkan waktu kitorang pergi tu winter hahaha... ride ketiga kami adalah Hollywood Dream-The ride Backdrop roller coaster. Haa jangan tak tahu nak terkeluar jantung jugak la naik benda ni... but it all went well after that.

Tips: Please wear a comfortable shoes untuk berjalan sebab In Shaa Allah korang akan sakit kaki bila berjalan banyak. Masa masuk please grab map untuk memudahkan korang pn attraction mana nak masuk dulu. Again, waktu menunggu untuk ke satu-satu ride sangat menduga iman. I bought M&M's along so boleh munch while queuing up :)

Then kami terus ke Wizard World of Harry Potter sebab waktu dah gelap dah time tu... sebelum nak sampai ke sekolah diorang ni kita akan lalu kawasan ......

taraa... ni haa kawasan kereta Mak Ron jatuh tersadai 
Adalah tidak seronok kalau korang bukan peminat filem-filem keluaran Universal Studio sebab kat sini semua attraction-nya dibina berdasarkan filem-filem Box Office diorang. Bagi aku yang memang follow Filem Harry Potter dari tahun 2000 of course this is the main reason i came here. Korang sila siap seberapa banyak duit sebab kat sini diorang jual semua prop dalam filem Harry potter macam wand (kayu sihir), tie, Cape according to each class in Hogwards, mugs (1500 Yen), topi yang boleh bercakap tu, frog.... anything u name it semua ada dalam kedai-kedai kat sini untuk dibawa balik sebagai koleksi. Cuma coklat kat sini memang tak Halal sebab kitorang dah tanya...huhuhu


Kitorang sempat ke attraction terakhir iaitu JAWS. Best kat sini sebab tak perlu tunggu lama dan terus enjoy the boat ride...sadly kat Japan tak boleh nak record video or snap gambar masa atas boat. Orang Jepun sangat menitik beratkan soal keselamatan. Pengalaman naik boat lepas tu kena serang dengan Jerung2 gergasi yang gilakan darah memang best...dapat pulak tukang story muka kecut je jumpa jerung memang kelakar. So ride ni jangan korang lepaskan bila dah jejak kaki kat sini. 
Kitorang tidak berkesempatan nak masuk Jurassic park sebab dalam renovation time tu. 

This picture taken from flickr...
Kami akhiri malam terindah dekat USJ dengan beli buah tangan untuk saudara mara... Standard harga 1 keychain masa aku pergi January lepas 600 -800 Yen/ piece. 
So untuk korang yang nak kesana aku sarankan bawak duit banyak -banyak kalau nak shopping. Lagi pun bukan nak datang selalu kan...hehehe

5 comments:

nadiah izzaty said...

hi awak ...thank you sgt sebab share trip awak g jepun . Ada plan gak nak ke Jepun . jadi entry awak might be give a lot of info . and salam perkenalan =)

TravelWithMillo said...

Wahh.. bagus la kalau macam tu... Tapi Jepun memang best kalau pergi. Alhamdulillah masa we olls pergi mudah nak dapat makanan Halal so bertambah-tambah seronok la berjalan hehehe =)

Salam Perkenalan jugak :D

Umie Yana said...

Bestnyaa... jeles ni..hehe

TravelWithMillo said...

Jangan jeles... jom kita pegi lg sekali..hehehe

fara azizi said...

time winter ada tmpt yg tutup tak??

Post a Comment