Friday, April 15, 2016

Day 1: Victoria Peak Tram, Madame Tussauds & Sky Terrace 428 Hong Kong

Assalamualaikum and good afternoon... Ok entry ni nak cerita pasal trip ke Hong Kong last week. Aku ke Hong Kong kali ni berdua je dengan BFF i oll which is Cik Yoyet. Asal plan kami pergi berempat, tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami pergi berdua je. Dari KLIA2 ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4 jam penerbangan menaiki Redha AirwaysKitorang beli tiket flight ni dari tahun lepas bulan Ogos macam tu. Harga seorang untuk flight return RM270. Bagi aku memang sangat murah sebab susah nak dapat tiket Hong Kong semurah itu.



Flight kami dijadualkan penerbangan pada pukul 8.45pagi dan sampai di Hong Kong Airport pada pukul 1.30pm.

Syukur Alhamdulillah trip kami Allah SWT hantar orang-orang yang baik. Ada saja Malaysian yang datang dan tegur dari hari pertama sampai last day di Hong Kong. Di airport ni kami beli Octopus Card dengan harga $150. $50 untuk harga kad, $100 adalah jumlah yang korang boleh guna untuk naik train, bas, beli barang dekat convenience store. Total amount aku topup untuk kat Octopus ni $300 dan baki korang boleh claim semasa hari terakhir korang di sana. Aku claim masa kat Terminal 1 dekat station kereta api diorang, kat situ ada kaunter Octopus Kad. :D

Hong Kong International Airport

Disebabkan hotel kami kat Chungkin Mansion so aku dan Dayah decided ambil bas je ke Jordan. Bas number A23 dan fees dia $39 seorang. Bas dari airport direct ke Tsim Sha Tsui ade je, nombor bas tu A22. Kalau korang nak ambil train pun tak de hal sebab masa akan jadi lebih cepat. Harga seorang dewasa dari airport ke Central station $100/ seorang.

Tapi nak pesan awal-awal kawasan Tsim Sha Tsui ni dah tak ramai Chinese sebab dimonopoli oleh orang dari Pakistan, Bangladesh, Filipina dan orang kulit gelap. So memang sangat mudah mencari makanan Halal (Pakistan & Indian food). Aku pada awalnya memang tak tahu pasal ni sehingga kami menjejakkan kaki ke kawasan tersebut. Aku book hotel tu sebab mudah nak ke tempat- tempat tarikan pelancong dan makanan Halal. Bila dah nama pun backpackers haruslah tawakal pada Allah SWT. Syukur Alhamdulillah, kami Allah pelihara dari sebarang bahaya dan kecelakaan. 


Sesudah check-in kitorang ambil train dari Tsim Sha Tsui ke Central Station (6 minit). Dari Central station kena la menapak sikit dalam 20 minit nak ke Peak Tram Lower Terminus on Garden Road. Sebab aku jenis tak suka kecoh-kecoh, berebut bila travel so aku pre book tiket Madame Tussaud + Peak Tram + Sky Terrace awal-awal lagi. Bila kat sana dah tak perlu buang masa beratur nak beli tiket. =)

Peak Tram ni for me biasa saja. So bila dah sampai dekat atas tu kitorang terus ke Maddame Tussauds nak jumpa abang Jonny Depp ai olls. 

Obviously he is not as tall as i imagined... Luls

Dalam ni ada banyak celebrities dan tokoh-tokoh terkenal antaranya Michael Jackson, Queen Elizabeth, Mahatma Gandhi, Angelina Jolie, Brad Pitt, Obama, IronMan, the Hulk, Madonna, Lady Gaga, Taylor Swift dan ramai lagi... 



Tak ketinggalan paling banyak semestinya artis Hong Kong sendiri. Next kami naik ke Sky terrace sebab masa ni kabus tebal dah nak melitupi sebahagian bangunan di Hong Kong. So apa lagi cepat2 la snap gambar before terlepas peluang keemasan. 


So far ok la aku enjoy je jenjalan tempat orang sebab dah bayar kan nak masuk sini... :)
Kalau datang sini memang wajib naik Peak Tram sebab sejarah British ada disini. Reason aku nak naik sebab nak rasai pengalaman naik Victoria Tram ni dan ....

tara... Hard Rock Hong Kong

Sadly masa aku datang tak ada baju t-shirt yang lawa so I tak beli... For me tak berbaloi nak buang $150 untuk sehelai kain nipis. Ada t-shirt yang kainnya elok tapi design tu tak berkenan di hati... apa pun it's ok sebab esok nak ke Disneyland..Yeaaa!!!


Hong Kong Sky Terrace 428
Dengan itu, maka berakhirlah lawatan kitorang untuk Day 1 ke Victoria Peak, Madame Tussauds dan Sky terrace 428. 

Doakan aku rajin nak karang pengalaman untuk Day 2 sebab ada cerita pasal Disneyland dalam tu...=)

2 comments:

spitoutblog said...

seronoknya jalan2
dgn bbf pulak..
syok nyeee

TravelWithMillo said...

hehehehe....

Post a Comment